Kenapa Protokol Warga Asli Australia Perlu DiHormati

Wanita Muda Kaum Orang Asli Mempersembahkan Tarian Tradisi

Protokol kaum orang asli berdasarkan prinsip beretika. Source: iStockphoto / chameleonseye/Getty Images/iStockphoto

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Mengikuti dan mematuhi protokol budaya kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres adalah langkah penting bagi memahami serta menghormati pemilik tradisional bumi Australia yang kini didiami pelbagai bilang kaum.


Tajuk Utama
  • Etika budaya warga pertama Australia terjalin sejak beribu tahun lalu.
  •  Warga emas kaum Aboriginal memiliki ilmu pengetahuan mendalam mengenai budaya kaum orang asli dan mereka diberi penghormatan istimewa.
  •  Jangan teragak bertanya mengenai protokol budaya namun pastikan soalan yang diutarakan tidak menyinggung perasaan kaum orang asli.
  • Mengguna bahasa yang sesuai dan sopan memastikan warga orang asli sentiasa dihormati.
Protokol budaya kaum orang asli berdasarkan prinsip yang membentuk hubungan profesional serta peribadi di antara masyarakat umum dengan kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.

Sebagai pendatang ke negara ini, masyarakat umum perlu menghormati dan memaklumkan bahawa kaum orang asli adalah warga asal benua Australia.

Justeru, mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bumi dan alam sekitar benua Australia yang boleh dikongsi bersama dengan pendatang baru ke negara ini.

Caroline Hughes ialah warga emas suku kaum Ngunnawal di daerah Wilayah Persekutuan ACT dan persekitarannya.

Sebagai seorang warga emas, ilmu pengetahuan beliau mengenai budaya orang asli amat mendalam.
Rhoda Roberts ialah rakan setugas SBS Australia yang juga selaku warga emas stesen penyiaran kebangsaan ini.

Menurut beliau, hanya dengan menghormati protokol budaya akan masyarakat umum memahami serta memaklumkan hubungan berkekalan kaum orang asli dengan benua yang kini didiami pelbagai bilang bangsa.
AC Milan v AS Roma
Penari Aboriginal mengadakan persembahan ketika upacara 'Welcome to Country' sebelum perlawanan bola sepak AC Milan dan AS Roma di Stadium Optus pada 31 Mei, 2024 di Perth, Australia. Credit: Paul Kane/Getty Images

Istilah Apakah Yang Bersesuaian Dan Sopan Apabila Menegur Warga Pertama Australia?

Istilah Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres bersesuaian diguna terhadap warga orang asli di seluruh Australia..

Namun, orang Aboriginal mengenali diri sendiri dengan istilah yang lebih tepat menggambarkan perhubungan mereka dengan bumi yang didiami.

Istilah ‘Koori’ sering digunakan terhadap orang asli dari negeri Victoria atau New South Wales.

Manakala ‘Murray’ pula digunakan untuk warga orang asli di Queensland.

Dan di Tasmania pula, istilah ‘Palawa’ digunakan.

Caroline Hughes ialah warga emas suku kaum Ngunnawal di daerah Wilayah Persekutuan ACT dan persekitarannya.

Beliau lebih selesa mengenali dirinya sebagai seorang wanita kaum Ngunnawal.
Daerah saya mewakili komuniti bahasa dan suku kaum saya. Ia memperkenalkan asal-usul saya kepada komuniti orang asli dari daerah lain.
Caroline Hughes

Dua Kaum Orang Asli Yang Ketara Berbeza

Orang kepulauan Selat Torres adalah penghuni kepualan yang terletak di antara penghujung Semenanjung Cape York Peninsula dan Papua New Guinea.

Sebilangan besar Orang Kepulauan Selat Torres berketurunan Melanesia.

Antaranya, Thomas Mayo, Orang Kepualuan Selat Torres yang memegang jawatan Timbalan Setiausaha Kebangsaan Kesatuan Sekerja Maritim Australia.

Tegas beliau, kaum orang asli di negara ini mempunyai kepelbagaian budaya yang berbeza.

“Perbezaan amalan budaya ini amat ketara di antara Orang Kepulauan Selat Torres dengan warga Aboriginal. Orang kepulauan mahu dikenali sebagai kumpulan warga asli yang berbeza.", tambah Mayo.
Bendera Aboriginal dan bendera Kepulauan Selat Torres berkibar di sebelah bendera Australia sebagai tanda hormat serta makluman  perbezaan di antara kedua komuniti orang asli negara ini.
Kedua-dua bendera Aboriginal dan Kepulauan Selat Torres berkibar bersama bendera Australia. Source: AAP / AAP Image/Mick Tsikas

Penggunaan Istilah Sopan

‘Indigenous’, ‘Aboriginal’, ‘Torres Strait Islander’ dan ‘Elder’ adalah kata nama khas yang perlu digunakan dan dieja dengan permulaan huruf besar.

Menurut Caroline Hughes, singkatan atau abbreviation dianggap kurang sopan dan mampu menyinggung perasaan kaum orang asli.

Tambah beliau, “Jangan sesekali memendekkan perkataan ‘Aboriginal’. Singkatannya dianggap biadap dan kesat oleh kaum orang asli."

Siapakah Warga Emas atau golongan Elder?

Istilah seperti ‘Custodian’ atau Penjaga dan ‘Elder’ atau Warga Emas juga harus digunakan sebagai kata nama khas.

Seseorang 'Elder' atau Warga Emas adalah seorang ahli komuniti warga asli yang dibenarkan menyampai ilmu pengetahuan mendalam mereka mengenai budaya orang asli kepada masyarakat umum.

Kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres menunjuk hormat kepada warga emas mereka dengan gelaran 'Uncle' atau 'Aunty'.

Namun, masyarakat umum perlu terlebih dahulu bertanya dan memohon kebenaran untuk mengguna istilah 'Uncle' dan 'Aunty' ketika berdepan dengan warga emas kaum orang asli.

Warga emas atau Elders seringkali dijemput untuk melafazkan penghormatan ‘Welcome to Country’.

Apakah Ertinya Istiadat Pengaluan ‘Welcome to Country’?

Frasa ini diperkenalkan pada dekad 1980an oleh Rhoda Roberts.

Kini, istiadat 'Welcome to Country' menjadi pembuka tirai setiap majlis rasmi yang berlansung di Australia sebagai tanda hormat kepada kaum orang asli dan warga emas mereka, dahulu dan sekarang.

Lazimnya, acara 'Welcome to Country' berbentuk ucapan, tarian serta upacara pengasapan atau 'smoking ceremony'.

Manakala upacara penghormatan Makluman Negara atau 'Acknowledgement of Country' dilakukan sebagai protokol upacara pembukaan setiap acara atau pertemuan penting.
Seorang lelaki kaum orang asli mempersembahkan istiadat pengasapan atau smoking ceremony.
Seorang lelaki kaum orang asli mempersembahkan istiadat pengasapan atau smoking ceremony. Source: Getty / Cameron Spencer/Getty Images

Penggunaan Istilah Yang Dianggap Kurang Sopan

Dalam pada itu, masyarakat umum disaran supaya turut memaklumkan sejarah pengalaman pahit yang masih menghantui kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.

Menurut Caroline Hughes, makluman ini penting khususnya apabila masyarakat umum bertanyakan latar belakang warga asli negara ini.

"Jangan sesekali menyentuh atau mempersoal ratusan keturunan atau warna kulit, mata dan rambut kaum orang asli. Masyarakat orang putih dan masyarakat umum mungkin menolak kanak-kanak kacukan ini, namun di kalangan masyarakat orang asli, mereka dianggap sebagai suatu rahmat yang dikurniakan", jelas Hughes.

Penghormatan Melalui Pelajaran

Thomas Mayo menggesa masyarakat umum supaya tidak teragak untuk mengutarakan soalan demi memahami budaya orang asli.

Namun, beliau mengingatkan semua supaya mengutarakan soalan yang sopan yang tidak menyinggung perasaan kaum orang asli.

Mayo turut mencadangkan mereka yang berminat suoaya merujuk kepada kenyataan yang tersirat di hati yang dikenali sebagai the Uluru Statement from the Heart.

Warga emas kaum orang asli di SBS, Rhoda Roberts, mengingatkan semua bahawa apa yang penting ialah menghormati protokol budaya warga pertama negara ini.

Pucuk pangkalnya, amalan hormat dan saling menghormati budaya orang lain adalah suatu amalan sejagat yang dilakukan oleh masyarakat bertamadun.
Semuanya berkisar pada kebaikan dan sifat perikemanusiaan. Ianya suatu amalan yang membukti kesopanan individu dan masyarakat terbabit.
Rhoda Roberts
This content was first published in May 2022.

Share