Apakah Anda Alami Diskriminasi Agama Di Tempat Kerja? Ketahui Hak Anda

Australia Explained - Hak beragama di tempat kerja

Undang-undang antarabangsa melindungi kebebasan pekerja menganuti agama masing-masing di tempat kerja. Source: Moment RF / Mayur Kakade/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Di Australia, perundangan berkaitan diskriminasi terhadap agama berbeza mengikut bidang kuasa setiap negeri dan wilayah di negara ini. Malahan, sesetengah negeri mempunyai perundangan yang memberi kuasa kepada majikan untuk menghadkan kebebasan pekerjanya untuk mempraktik amalan agama mereka. SBS Melayu kali ini meninjau apakah langkah yang boleh diambil sekiranya anda mengalami diskriminasi terhadap kepercayaan dan agama di tempat kerja.


Tajuk Utama
  • Diskriminasi berdasarkan agama mungkin tidak melanggari undang-undang anti-diskriminasi persekutuan namun ianya mungkin melanggari perundangan negeri.
  • Suruhanjaya Keadilan Pekerjaan, Suruhanjaya hak Asasi Manusia Australia dan perundangan anti-diskriminasi tempatan adalah forum selain mahkamah untuk mengutarakan aduan diskriminasi berdasarkan agama.
  • Wujud juga kes tertentu di mana majikan berhak menghadkan kebebasan pekerjanya untuk mengamalkan agama di tempat kerja.
Australia adalah antara negara yang menyertai persepakatan antarabangsa yang menjamin hak civil dan politik kepada setiap warganya, termasuk kebebasan beragama.

Namun, Australia masih lagi mempertimbangkan rang undang-undang berkaitan diskriminasi terhadap agama di mana proses memperdebatkan usul ini, yang dikenali sebagai masih berterusan.

Justeru, Australia tidak mempunyai perundangan sekata berkaitan kebebasan warganya mengamalkan agama pilihan masing masing.

Namun dalam konteks kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja, Akta Keadilan Pekerjaan atau merangkumi perlindungan yang diberi kepada pekerja dari segi diskriminasi berdasarkan agama.

Malangnya, bidang kuasa akta ini agak terhad.

Karina Okotel ialah seorang peguam dengan Perbadanan Perkhidmatan Guaman Berkaitan Diskriminasi Terhadap Kaum dan Agama atau the Racial and Religious Discrimination Legal Service Incorporated yang bertempat di Canberra.

Bagi mereka yang mengalami diskriminasi di tempat kerja akibat kepercayaan dan agama, Okotel menyarankan supaya menghubungi Suruhanjaya Keadilan di Tempat Kerja atau Fair Work Commission terlebih dahulu bagi menentukan samada diskriminasi yang dialami itu layak diadu mengikut peruntukan akta Fair Work Act.
Australia Explained - Hak beragama di tempat kerja
Aduan berkaitan diskriminasi terhadap agama turut merangkumi diskriminasi terhadap mereka yang tidak mempercayai sebarang agama. Credit: SDI Productions/Getty Images
Di bawah Akta Keadilan Pekerjaan, majikan dilarang menyekat, menghalang atau menolak pengambilan seseorang pekerja berdasarkan agama mereka.

Namun menurut Karina Okotel, diskriminasi sebegini agak sukar untuk dibuktikan.

Juga, diskriminasi terhadap agama di tempat kerja, umpamanya di antara rakan sekerja, tidak tertakluk di bawah akta ini.

Mangsa mungkin boleh membuat aduan rasmi kepada .

Bidang kuasa suruhanjaya ini hanya setakat melakukan siasatan bagi mencapai penyelesaian di antara kedua belah pihak.

Malangnya, segala pengesyoran yang dibuat oleh suruhanjaya ini semata-mata cadangan sahaja.

Namun, Karina Okotel menggesa mereka yang menjadi mangsa diskrimisai di tempat kerja berdasarkan agama supaya tetap menghubungi suruhanjaya ini untuk mendapatkan penyelesaian.

Manakala di peringkat negeri dan wilayah pula, perlindungan yang wujud di bawah undang-undang berkaitan diskriminasi akibat agama berbeza bagi setiap negeri dan wilayah terbabit.

Mangsa diskriminasi boleh membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa tempatan, umpamanya di negeri Victoria, aduan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Peluang Sama dan Hak Asasi Manusia Victoria.

Menurut Ketua Perundangan Suruhanjaya di Victoria, Aimee Cooper, diskrimisai terhadap agama di tempat kerja mampu menghalang mangsa mengamalkan agama mereka, termasuk cara pemakaian dan amalan yang ditetapkan oleh agama mangsa terbabit
Australia Explained - Hak beragama di tempat kerja
Sesetengah negeri termasuk Queensland, Victoria dan wilayah persekutuan ACT melindungi hak warganya mengamalkan agama masing-masing di bawah peeruntukan Akta Hak Asasi Manusia di negeri terbabit. Credit: coldsnowstorm/Getty Images
Menurut Aimee Cooper, “Seorang wanita Yahudi dianggap bermasalah kerana beliau enggan bekerja pada hari Sabtu untuk mengamalkan Shabbat menurut kepercayaan beliau. Dan seoranbg lelaki Sikh pula kecewa dan merasai diri beliau tertekan apabila majikan beliau mengarah supaya beliau menaggalkan turban. Manakala seorang wanita Islam sering diperli kononnya kerap berehat, walhal beliau melakukan solat waktu."

Apabila diskriminasi di tempat kerja berjaya dibuktikan, pengadu boleh membawa kes ke mahkamah untuk menuntut ketentuan di bawah undang-undang.

Atau mangsa juga boleh merujuk kepada Suruhanjaya Peluang Sama dan Hak Asasi Manusia Victoria untuk mencapai penyelesaian.

Proses ini secara sukarelawan di mana suruhanjaya terbabit akan menjemput kedua belah pihak menghadiri pengantaraan atau mediation untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui semua pihak.
Australia Explained - Hak beragama di tempat kerja
Pengantaraan atau mediation mampu mencapai pelbagai jenis penyelesaian bergantung kepada persetujuan kesemua pihak terbabit. Credit: CihatDeniz/Getty Images
Dalam pada itu, rang undang-undang juga membenarkan pengecualian, yakni wujud definasi diskriminasi di tempat kerja yang tidak melanggari undang-undang, termasuk diskriminasi berdasarkan agama.

Umpamanya, di negeri Victoria, pertubuhan berdasarkan agama dibenarkan mendiskriminasi calon pekerjaan yang mungkin tidak menganuti agama pertubuhan terbabit.

Manakala, institusi agama turut diberi pengecualian dari tuduhan diskriminasi di bawah Akta Fair Work Act jika pertubuhan terbabit bertindak dengan penuh kepercayaan demi mengelak dari menyinggung perasaan penganut agama pertubuhan terbabit.

Menurut Justin Carroll dari Syarikat guaman Blackbay Lawyers, diskriminasi yang dianggap tidak melanggari undang-undang termasuk langkah yang terpaksa diambil oleh sesuatu pertubuhan agama demi memastikan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Australia Explained - Kebebasan beragama di tempat kerja
“Isu Kesihatan dan Keselamatan adalah antara sebab pengecualian yang diberi kepada majikan untuk menghadkan kebebasan beragama di tempat kerja", jelas Justin Carroll. (Getty) Credit: Maskot/Getty Images
Tambah Justin Carroll, tanggungjawab memastikan tiada peritiwa yang mampu mengundang aduan diskriminasi di tempat kerja jatuh kepada majikan organisasi terbabit.

Justeru, setiap majikan disaran supaya mengambil langkah proaktif, khususnya mematuhi peruntukan dan obligasi majikan di bawah Akta Keadilan Pekerjaan atau Fair Work Act mengikut rang undang undang negeri dan wilayah masing masing.

Dalam pada itu, seringkali diskriminasi yang dialami ditempat kerja tidak hanya terhad kepada diskriminasi terhadap agama sahaja.

Sebaliknya, kadang-kala diskriminasi yang dialami oleh seseorang pekerja mempunyai pelbagai punca, termasuk diskriminasi berdasarkan perkauman serta penindasan yang lain.

Karina Oktotel menyaran setiap individu yang mengalami diskriminasi sebegini supaya memohon nasihat guaman terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk membuat aduan mengenai diskriminasi yang dialami di tempat kerja, sila layari laman web seperti berikut:
ACT 
ACT Human Rights Commission 
 
NSW 
Anti-Discrimination Board of NSW 
 
NT 
Northern Territory Anti-Discrimination Commission 
 
QLD 
Queensland Human Rights Commission 
 
SA 
South Australian Equal Opportunity Commission 
 
TAS 
Equal Opportunity Tasmania 
 
VIC 
Victorian Equal Opportunity & Human Rights Commission 
 
WA 
Western Australian Equal Opportunity Commission 
 

Share