Pasukan Bola Jaring Selangor Asah Bakat Di Melbourne

Pasukan bola jaring Selangor berlatih dengan pasukan kelab netball di Melbourne, Australia.JPG

Pasukan bola jaring negeri Selangor berlatih menentang pasukan kelab netball di sekitar Melbourne, Australia, sebagai persiapan untuk pesta sukan kebangsaan Malaysia, Sukma 2024.

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Ogos ini melihat pesta sukan kebangsaan Malaysia, yang dikenali sebagai Sukma 2024, berlansung di negeri Sarawak selaku hos pesta tahun ini. Seperti pesta Sukma sebelum ini, pelbagai acara sukan akan dipertandingkan selama seminggu dari 17hb hingga 25hb Ogos. Antaranya, pertandingan bola jaring atau netball dan tahun ini, apa yang menarik, sekumpulan pemain pasukan netball negeri Selangor berpeluang mengunjung Melbourne sebagai persiapan pesta Sukma yang bakal berlansung. Zaini Ahmad berpeluang berbual dengan jurulatih pasukan Selangor, Rosnah Safee, dan salah seorang pemain negeri, Aidil Hardinar, untuk mengetahui apakah matlamat kunjungan team Selangor ini ke Melbourne, Australia.



Share