Petua Memfail Pulangan Cukai Pendapatan Di Australia

Australia Explained - Cukai

Mulai 1 Julai, jika anda bermastautin di Australia, anda perlu mengisytiharkan jumlah pendapatan anda sepanjang tahun kewangan sebelumnya. Source: Moment RF / Neal Pritchard Photography/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Di Australia, 30 Jun menandakan tarikh tamatnya tahun kewangan dan permulaan musim cukai. Jika anda bermastautin di Australia, anda perlu mengisytiharkan segala pendapatan anda yang terkumpul sepanjang tahun kewangan sebelumnya, tolak segala potongan cukai yang anda pohon. Ketahui apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda menerima bantuan kekeluargaan, anda bekerja dari rumah atau ini kali pertama anda perlu memfail pulangan cukai pendapatan.


Tajuk Utama
  • Anda boleh mengelak dari membuat kesilapan jika anda tunggu sehingga ATO mengisi sebahagian daripada boring cukai pendapatan anda.
  • Mengguna ejen cukai tidak semestinya menjamin pembayaran balik cukai lebih tinggi namun ia boleh membantu boring tafsiran cukai pendapatan anda diisi dengan betul serta ianya memudahkan kerja anda.
  •  Pastikan anda layak menerima rebat cukai serta sokongan yang boleh dihulurkan oleh organisasi, termasuk Klinik Cukai dan program bantuan menyelaraskan cukai pendapatan anda.
Tak kira sama ada ini kali pertama anda membuat pemulangan penyata cukai atau anda menggunakan ejen cukai, sesiapa yang mempunyai pekerjaan perlu memfailkan penyata pendapatan mereka untuk tafsiran jumlah cukai yang perlu dikenakan.

Robert Thomson ialah Timbalan Pesuruhjaya di A.T.O. dan beliau mengingatkan pembayar cukai bahawa 31 Oktober adalah Tarikh penutup untuk memfailkan penyata cukai.

Thomson menyarankan supaya menangguh terlebih dahulu dari memfail pulangan cukai pada awal bulan Julai.
Australia Explained - Cukai
Meskipun sebahagian daripada borang cukai pendapatan anda mungkin telah diisi terlebih dahulu, pastikan anda menyemak bagi memastikan segala maklumat adalah betul. Credit: adamkaz/Getty Images
Bagi mereka yang menerima bantuan dari perkhidmatan Services Australia, borang pulangan cukai anda akan mempunyai maklumat yang telah diisikan terlebih dahulu.

Pegawai Penerangan Komuniti Services Australia, Justin Bott, menerangkan bahawa pada pertengahan bulan Julai, Services Australia akan menghitung segala bayaran yang telah dibuat kepada anda.

Justeru, jika anda menerima Bayaran Cukai Keluarga, dikenali sebagai Family Tax Benefit atau bayaran subsidi Penjagaan Kanak-kanak yang dikenali sebagai Childcare Subsidy, pengiraan akan dibuat terlebih dahulu bagi mengimbangkan pembayaran pada penghujung tahun kewangan.

Services Australia akan membuat pengiraan mengikut anggaran jumlah pendapatan yang anda isytiharkan berbanding jumlah pendapatan sebenarnya.

Perbezaan jumlah inilah yang perlu dibayar balik, iaitu jumlah lebihan yang diberi di bawah bantuan kekeluargaan.

Namun menurut Justin Bott, "Anda akan menerima bayaran daripada Services Australia jika bayaran yang dibuat kepada anda kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar."

Tambah beliau, "Jika jumlah anggaran pendapatan anda sama dengan jumlah sebenarnya, anda tidak dikehendaki membuat sebarang pembayaran".

Mereka yang buat kali pertamanya dikehendaki memfail pulangan cukai pendapatan disaran memastikan sama ada perlu juga membuat pulangan tafsiran cukai untuk tahun kewangan sebelumnya.

Jika tidak, anda perlu mengutarakan permohonan pengecualian pengisytiharaan cukai pendapatan daripada A.T.O.
Australia Explained - Cukai
Di Australia, pembayar cukai layak menerima pengecualian dari membayar cukai sekiranya jumlah pendapatan tahunan kurang daripada $18,200 setahun. Credit: jeangill/Getty Images
Pemotongan cukai boleh dikenakan jika anda terpaksa berbelanja untuk keperluan pekerjaan anda.

Robeert Thomson dari pejabat A.T.O. menyenaraikan tiga faktor utama yang perlu diambil kira:
  • Anda sendiri yang membayar peralatan terbabit dan tidak menerima sebarang bayaran balik.
  • Jumlah yang dibelanja perlu ada kaitan lansung dengan pekerjaan yang dilakukan.  
  • Anda perlu menyimpan rekod berbentuk resit sebagai bukti. 

Bekerja dari Rumah

Bagi mereka yang bekerja dari rumah, menyimpan rekod dan resit amat penting bagi membolehkan anda menunjuk bukti terhadap segala pemotongan cukai yang dipohon.

Kaedah pengiraan perbelanjaan berkaitan pekerjaan yang dilaksanakan dikira berdasarkan jumlah setiap jam pekerjaan yang dilakukan dirumah, dikenali sebagai kaedah kadar tetap atau fixed rate method dan jumlah perbelanjaan sebenarnya, iaitu kaedah kos sebenar atau actual cost method.

Robert Thomson merujuk kepada laman web A.T.O. yang menyenaraikan bagi membantu menentukan jenis perbelanjaan peralatan atau keperluan pekerjaan yang layak diberi pemotongan.
Australia Explained - Cukai
Jika anda bekerja dari rumah, pastikan anda menyimpan segala rekod pembelian peralatan dan perbelanjaan berkaitan pekerjaan yang dilakukan. Credit: MoMo Productions/Getty Images

Sokongan Tersedia Ada

Pekerja yang menerima gaji kurang $60,000 setahun mampu menerima bantuan memfail pulangan cukai pendapatan melaui program bantuan cukai atau .

Ann Kayis-Kumar ialah Professor Madya Perundangan Cukai di University of New South Wales.

Beliau juga pengasas klinik penasihat cukai kebangsaan dan perniagaan UNSW.

Kerajaan pusat juga menyediakan program klinik cukai kebangsaan atau yang memberi nasihat percuma kepada mereka yang layak menerima perkhidmatan ini.

Kayis-Kumar menerangkan perkhidmatan ini mampu membantu mereka yang menghadapi masalah dan tekanan kewangan.

Lazimnya, golongan ini dirujuk kepada program bantuan ini oleh organisasi yang memberi bantuan nasihat, termasuk perkhidmatan guaman percuma, Lifeline serta pertubuhan komuniti tempatan.

Perkhidmatan Ejen Cukai

Dalam pada itu, sebilangan besar warga Australia memohon bantuan ejen cukai untuk memfail pulangan cukai pendapatan mereka.

Malahan yang melihat warganya mengguna perkhidmatan ejen cukai.

Namun, menurut satu kajian, penggunaan ejen cukai tidak semestinya mendatangkan pulangan cukai yang banyak berbanding memfail pulangan cukai pendapatan sendiri kecuali sekiranya jumlah pendapatan anda melebihi $180,000 setahun.
Australia Explained - Cukai
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ejen cukai, pastikan anda mendaftar dengan ejen terbabit sebelum 31 Oktober. pastikan juga ejen anda memaklumkan perkara ini kepada A.T.O. Credit: Edwin Tan /Getty Images
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ejen cukai, Prof Kayis-Kumar menyarankan supaya anda memastikan ejen terbabit berdaftar.

Sementara itu, pembayar cukai juga disaran supaya berwaspada dari menjadi mangsa penipuan.

Menurut Robert Thomson, "Bilangan kes penipuan terhadap pembayar cukai meningkat 60-peratus pada tahun 2023."

Tambah beliau, "Sebilangan besar penipuan ini membabitkan pendedahan maklumat peribadi."

Justeru, pastikan anda tidak mudah terpedaya mendedahkan butiran peribadi anda kepada sesiapa.

Pastikan anda merahsiakan butiran peribadi seperti nama, alamat, identity MyGov, nombor file cukai dan butiran kad kredit anda.

Anda perlu sentiasa berwaspada.
Australia Explained - Cukai
Sesetengah bayaran yang dibuat oleh Services Australia, termasuk bayaran pampasan akibat bencana alam seperti banjir akan dikenakan cukai. Justeru, pastikan anda mengambil kira bayaran ini dalam borang pulangan cukai pendapatan. Source: Moment RF / Songsak rohprasit/Getty Images
Link Berguna 
  • Untuk pembayaran yang dibuat oleh Centrelink, maklumat lanjut boleh diperolehi dalam bahasa anda Atau anda boleh menelefon talian hotline Centrelink di 131 202. 
     
  • jika anda menerima subsidi penjagaan kanak-kanak atau Pemotongan Cukai Kekeluargaan.
  • Jika anda membayar cukai di negara lain, anda mungkin layak memohon pembayaran balik di Australia di bawah skim pendapatan luar negara. Anda boleh rujuk kelayakan anda .
  • ialah satu applikasi yang membantu anda menyimpan segala rekod dan resit yang mungkin dipohon oleh A.T.O. sebagai bukti.
     
  • Ketahui tentang Program Klinik Cukai atau Tax Clinic Program  
  • Jika pendapatan tahunan anda kurang daripada $60,000, anda mungkin layak memfail pulangan cukai pendapatan melalui program bantuan ATO. Ketahui maklumat lanjut . 
  • maklumat lanjut berkaitan pembayaran cukai tersedia ada dalam bahasa anda di laman web A.T.O. Sila layari  

Share